Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

Kalau nak diikutkan, memang banyak sungguh video parodi atau ‘spoof’ bagi lagu Wrecking Ball nyanyian Miley Cyrus di YouTube.

Tapi malam Isnin lalu, satu video parodi dimuatnaik lelaki bernama Steve Kardynal yang dinamakannya Wrecking Ball versi Chatroulette mendapat perhatian hangat.

Dalam video tersebut, Kardynal tampil ala Miley Cyrus dengan memakai singlet dan seluar dalam putih lalu bergayut pada bola berantai.

Sebagai tambahan, dia turut melakukan bermacam aksi frust menonggeng di sofa.

Aksinya ini membuatkan sesiapa sahaja yang menonton tergelak besar dan rasa nak tonton lagi dan lagi.

Tak peliklah, jumlah tontonan bagi video parodi ini sudah melebihi 38 juta!

Kami sendiri ketawa terkekeh-kekeh menyaksikan video di bawah. - REM RAMZI


0 comments:

Post a Comment