Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

JIKA disebut kambing biri-biri, pasti anda sudah terbayang bulu tebal berwarna putih yang melitupi haiwan itu.

Namun, jarang sekali atau mungkin langsung tiada yang terbayang spesis kambing biri-biri Valais Blacknose yang ‘berwajah hitam’.

Biarpun berbeza, ia antara haiwan yang cukup comel dan mempunyai bulu yang sangat cantik.

Seekor kambing biri-biri Valais Blacknose ini mempunyai berat antara 80 hingga 100 kilogram dan dan mampu menghasilkan bulu seberat empat kilogram setahun.

Haiwan ini juga dapat hidup di kawasan pergunungan tinggi dan mampu memanjat kawasan berbatu di sekitarnya.

Sebenarnya, masih ramai yang masih tidak menyedari kewujudan kambing yang mempunyai tompok hitam pada bahagian muka, telinga dan kaki yang berasal dari Switzerland ini.

Jangan terkejut jika kami katakan ada yang kali pertama melihat kambing ini menyangka bulu hitam yang ada pada spesis ini adalah palsu walaupun hakikatnya ia adalah asli. Kasihan Valais Blacknose…

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment