Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

Malam rabu lalu, telah berlangsung konsert melibatkan penyanyi RnB terkenal, Alicia Keys.

Apabila ada artis luar terutama yang popular seperti Alicia datang ke negara ini, bukan sahaja peminat malah media antara yang teruja untuk datang menyaksikan, membuat penilaian seterusnya menulis tentang hasil persembahan.

Tapi kalau dilihat tulisan yang merujuk kepada persembahan Alicia tempoh hari, tiada laporan konsert di akhbar utama negara dan kalau ada pun sangat hambar.

Contohnya artikel tiga perenggan cuma, dikeluarkan oleh wartawan akhbar The Star.

Perenggan pertama artikel tersebut memberitahu lokasi konsert, perenggan kedua menyebut tentang kelewatan selama sejam sebelum ia berlangsung depan 6,000 peminat dan perenggan akhir, tentang tindakan pihak penganjur mengiring media keluar dari lokasi konsert sebaik sahaja lagu ketiga tamat.

Dipercayai , perenggan ketiga itulah punca ulasan dingin terhadap konsert Alicia.

Menurut Yahoo Entertainment Malaysia, sebelum konsert berlangsung lagi beberapa wartawan sudah tidak dibenarkan masuk kerana nama dikatakan tiada dalam ‘senarai original’ manakala yang dapat masuk pula, awal-awal lagi diberikan senarai yang boleh dan tidak boleh dilaporkan.

Begitu pun pihak pengurusan PR Worldwide yang menguruskan media tempatan dilaporkan berkata, arahan ‘halau wartawan’ bukan datang daripada pihak mereka tetapi pengurusan Alicia sendiri.

Mereka dikatakan sudah cuba meminta budi bicara agar wartawan dibenarkan terus membuat liputan tetapi pihak pengurusan penyanyi berkenaan tetap bertegas kerana sudah menjadi amalan mereka pihak media tidak dibenarkan membuat liputan hingga konsert tamat di mana-mana lokasi tour penyanyi berkenaan.

Kononnya, ini amalan biasa diamalkan di konsert-konsert melibatkan penyanyi ternama dunia lain.

Rasa macam tak logik bukan?

Bagaimana jika wartawan sudah dihalau balik kerana amalan tersebut tetapi tiba-tiba ada perkara yang boleh jadi berita hangat seperti penyanyi kena serangan jantung sebelum konsert tamat. Bukankah ini bermakna satu berita besar sudah terlepas untuk dilaporkan pada orang ramai!

0 comments:

Post a Comment