Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

MUAR – Sebuah tokong kosong di Parit Amal, Jalan Junid, di sini, dijadikan lokasi menyembunyikan dadah oleh empat lelaki dan seorang wanita untuk mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar apabila serbuan dilakukan pada jam 8.50 pagi membabitkan rampasan dadah bernilai kira-kira RM44,000 pada 17 November lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, syabu seberat 20 gram dan heroin seberat 112 gram ditemui dalam dua balang iaitu bekas makan ringan.

“Kita menahan sepasang suami isteri dan tiga lelaki tempatan berumur antara 35 hingga 57 tahun.

“Mereka menjadikan tokong tempat menyimpan bahan terlarang itu dan siasatan awal mendapati mereka sudah melakukan kegiatan ini sejak empat bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Azman berkata, polis turut merampas wang tunai RM5,700 dipercayai hasil jualan dadah daripada pelanggan di daerah ini dan sekitarnya.

“Dadah ini boleh dibekalkan kepada kira-kira 750 penagih dan kita akan menjejaki kemungkinan ada ahli kumpulan itu yang masih bebas.

“Kesemua mereka berasal dari daerah ini dan pasangan suami isteri terbabit berumur 52 tahun, manakala tiga suspek lelaki yang lain berusia 35, 41 dan 57 tahun,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 57, 52 dan 41 tahun didapati positif dadah jenis syabu dan seorang lagi suspek berusia 41 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah sebelum ini. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment