Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Persiapan menjelang Perhimpunan Agung Umno 2013 Selasa ini berjalan lancar dan Umno kini bersedia sepenuhnya bagi mengendalikan perhimpunan tahunan terbesar parti itu.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata segala kerja dirancang secara rapi meliputi acara di dalam dan luar dewan bagi memastikan kelancaran perhimpunan.

Katanya persediaan bagi acara luar dewan seperti menaikkan bendera Sang Saka Bangsa dan pemeriksaan perbarisan termasuk acara di dalam dewan berada pada tahap 90 peratus.

“Kita sedang dan akan berusaha untuk mengikut rancangan yang telah diatur bagi perhimpunan tahunan ini bagi mengelakkan kesuntukan masa seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Oleh itu, kita tidak akan menambah slot baharu dan seberapa boleh mahu memberi ruang kepada pembahas untuk berbahas,” katanya kepada pemberita pada akhir raptai acara luar dewan di pekarangan ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Katanya walaupun kesuntukan masa selepas menghadapi pilihan raya umum ke-13 Mei lalu dan pemilihan parti bulan lepas tetapi dengan kerjasama semua warga kerja yang terdiri daripada kakitangan ibu pejabat Umno yang berpengalaman, Umno kini bersedia sepenuhnya untuk menghadapi perhimpunan parti.

“Kita jangkakan kira-kira 200,000 pengunjung termasuk perwakilan dari seluruh negara menghadiri perhimpunan ini,” katanya.

Selain itu, Ab Rauf berkata 1,700 petugas media dari dalam dan luar negara akan membuat liputan sepanjang perhimpunan selama lima hari bermula 3 Dis ini.

Seramai 150 anggota sayap yang terdiri daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta urusetia ibu pejabat parti terlibat mengadakan raptai penuh acara luar dewan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013.

Raptai itu berlangsung kira-kira tiga jam bermula 8 pagi dan diteruskan dengan raptai bagi acara di dalam dewan yang mengambil masa hampir dua jam.

“Kita dah lihat raptai acara luar dewan dan dalam dewan. Saya dapati daripada sudut persediaan memang memuaskan hati,” kata Ab Rauf selepas selesai majlis raptai di Dewan Merdeka PWTC. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment