Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Dua belas pemandu dikesan memiliki waran tangkap atas pelbagai kesalahan trafik semasa Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diadakan di Plaza Tol Jalan Duta, di sini malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Shamsuddin Sulaiman berkata, waran tangkap itu dikeluarkan kerana sebelum ini para pemandu itu mempunyai saman tertunggak.

Beliau berkata, mereka hanya diberikan notis seminggu untuk menyelesaikan saman itu.

“Mereka perlu hadir ke mahkamah dan menjelaskan bayaran saman di mana-mana cawangan balai polis trafik yang berdekatan.

“Pesalah jalan raya yang gagal menghadirkan diri ke mahkamah akan disenaraihitamkan nama mereka oleh JPJ dan tidak dibenarkan untuk memperbaharui cukai jalan serta lesen memandu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi selepas memeriksa sebanyak 1,008 buah kenderaan dalam operasi itu.

Dalam operasi kira-kira empat jam, yang turut disertai lima agensi penguat kuasa dan berakhir kira-kira 1 pagi itu, hanya 180 buah kenderaan yang diperiksa terlibat dengan pelbagai kesalahan trafik.

“Antaranya kesalahan tidak memiliki lesen memandu, lesen dan cukai jalan yang telah tamat tempoh, nombor plat pendaftaran kenderaan dipasang tidak mengikut prosedur, memasang cermin gelap melebihi had ketebalan yang ditetapkan dan mengubah suai kenderaan termasuk ekzos,” kata Shamsuddin.

JPJ juga menyita enam buah motosikal kerana cukai jalan tamat tempoh melebihi enam bulan.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengeluarkan sebanyak 30 saman trafik manakala Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan tiga pemandu yang dikesan positif dadah daripada 39 yang diperiksa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment