Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 28, 2013

No Comment

Semalam, Dewan Undangan Negeri Selangor meluluskan kenaikkan gaji secara ‘besar-besaran dan tahap pesta muda-mudi’ kepada Menteri Besar, Speaker, Barisan Exco dan pada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selepas berita itu menjadi hangat dan mendapat reaksi negatif masyarakat seluruh negara, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya yang juga ADUN Hulu Kelang, Azmin Ali memulakan satu drama yang mengelirukan pula.

Kesian rakyat… mula-mula marah sebab kenaikkan luar biasa barisan pentadbiran di Selangor, lepas itu cuba dikelirukan pula dengan lakonan-lakonan seperti ‘tak munasabah naik banyak tu’…’tangguh dulu…tak sepatutnya banyak itu’.

Anwar dan Azmin mula nak tonjol imej penuh kemuliaan… sedangkan Anwar mengaku beliau tahu akan berlaku peningkatan…dan Azmin…ADUN di Selangor tu… bukan ADUN di Burkina Faso… dia kan ada dalam sidang DUN semalam.

Mungkin benci dan menyampah dengan lakonan cuba memindakan kesalahan dan marah rakyat ke atas bahu beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi ‘membelasah’ Azmin yang cuba berlagak alim dan naif serta baik dalam isu kenaikkan gaji luar biasa itu.

Kenyataan Abdul Khalid mudah… ” Azmin boleh tak ambil gaji itu”.

Mudah tetapi tepat dan mendedahkan kepada Azmin satu benda… jangan nak berlagak macam baguslah.

Kenyataan Khalid itu juga secara tidak langsung isyarat kepada Anwar agar sedar diri siapa Menteri Besar di Selangor…

Dalam hal ini… tahniah Khalid…

Naik gaji banyak-banyak macam orang gila sampai lebih dari gaji Perdana Menteri satu hal… drama yang menyusul oleh Azmin dan Anwar tu memang tak boleh blah sey…
Bila
tengok rakyat marah… penyokong sendiri pun terperanjat… mula la nak kaitakan dengan kenaikkan gaji di Sarawak la (walhal puak-puak ni jugak yang kutuk kenaikkan di Sarawak) … mula nak buat-buat tak suka la… buat-buat teguran la…

Sudah la ok… kutuk-kutuk orang tiba-tiba buat operasi kaut secara mengejut…

Oleh: AK-47

0 comments:

Post a Comment