Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 28, 2013

No Comment

SEMALAM, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkuatkuasa 1 Januari depan.

Timbalan Speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Pada ketika keputusan ini diadakan, ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak berada dalam dewan ke?


Hari ini Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji buat wakil rakyat Selangor yang akan berkuat kuasa mulai tahun depan.

Menurutnya, perkara tersebut diputuskan tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan kajian semula perlu dibuat agar kadar kenaikannya lebih munasabah.

“Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini,” kata Azmin yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor pada sidang media di lobi Parlimen hari ini memetik laporan malaysiakini.com.

0 comments:

Post a Comment