Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

Kelmarin, satu tragedi menimpa sebuah keluarga apabila seorang bapa tertembak mati anaknya sendiri.

Perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja ketika si bapa berusia 76 tahun berniat mahu menyelamatkan pekerja Myanmar mereka daripada perompak.

Dia yang bersenjatakan senapang angin, keluar bersama anaknya, Kuan Fatt, 50, selepas terdengar pekerja Myanmar yang menjaga kedai runcit mereka menjerit meminta tolong.

Malangnya dalam kegelapan malam, dia tertembak anaknya sendiri yang turut keluar bersenjatakan parang bagi memberkas perompak terbabit.

Dikatakan, anaknya berlari mendahului tetapi tidak disedari si bapa membuatkan dia menyangka orang di depannya adalah perompak lalu melepaskan tiga tembakan. Salah satunya mengenai kepala Kuan Fatt yang mati serta merta.

Apa yang menyedihkan, ibu mangsa tidak dapat menerima kenyataan Kuan Fatt sudah mati dan terpaksa ditenangkan saudara mara.


Kuan Fatt yang merupakan penjual daging khinzir di Kepong, tinggal bersama ibu bapa dan anaknya berusia 12 tahun. Mendiang baru kematian isteri dua tahun lalu.


Bagaimanapun ketika kejadian anak Kuan Fatt tiada di rumah kerana pergi di Johor Bahru sempena cuti sekolah. Kejadian berlaku sekitar 10.15 malam kelmarin (Rabu), di Kg Baru Balakong, Serdang. Kes kini disiasat bawah kes bunuh Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment