Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

JERMAN – Seorang lelaki yang berfantasi untuk menjadi mangsa bunuh dan kemudian mayatnya dimakan, akhirnya berjaya memenuhi fantasi itu.

Dia mati dibunuh oleh seorang kanibal di Jerman dan mayatnya dipercayai dimakan oleh lelaki tersebut.

Mangsa yang berusia 59 tahun itu mengenali suspek, Detlev G melalui laman web kanibal.

Dia juga sanggup menaiki bas daripada Hanover untuk bertemu dengan suspek, meskipun jarak perjalanan kira-kira 250 batu.

Kes itu terbongkar selepas kehilangan mangsa dilaporkan oleh rakan-rakannya pada 11 November lalu.

Menurut polis, Detlev G terlalu obses dengan kanibalisme dan mengaku kepada polis bahawa mangsa telah disiksa dan dibunuh manakala sebahagian anggota badannya telah ditanam di halaman rumah suspek.

Detlev G juga memberitahu polis bahawa dia telah menikam mangsa di leher pada 4 November lalu selepas beberapa jam bertemu dengan mangsa.

Suspek kemudiannya menunjukkan kepada pihak berkuasa tempat di mana mayat itu ditanam.

Detlev G turut memberitahu polis bahawa dia membunuh mangsa semata-mata untuk memenuhi fantasi lelaki itu namun menafikan bahawa dia makan mayat mangsa.

Pembunuhan itu berlaku selepas sebulan mereka mengenali satu sama lain dalam laman sembang di Internet.

Detlev G dilaporkan pernah berkahwin dan telah bercerai. Sejak itu dia mula menjalinkan hubungan dengan lelaki.

0 comments:

Post a Comment