Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 28, 2013

No Comment

PERDANA Menteri Thailand Yingluck Shinawatra terselamat daripada proses undi tidak percaya Parlimen negara itu ke atasnya hari ini.

“Perdana Menteri Yingluck berjaya memenangi undi tidak percaya,” kata Speaker Dewan Rendah Somsak Kiatsuranont.

Seramai 297 ahli parlimen mengundi memihak Yingluck manakala 134 mengundi menentang kepimpinan Yingluck.

Adik kepada bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin itu hanya memerlukan lebih dari separuh atau 246 undi daripada keseluruhan 492 Ahli Parlimen dalam Dewan untuk terselamat daripada undi tidak percaya.

Parti pimpinan beliau, Puea Thai dan sekutunya yang mendominasi Dewan Rendah terpaksa melalui sesi perbahasan selama tiga hari dengan usul yang dibawa oleh pembangkang berkenaan skim pengurusan air bernilai USD$108 juta yang dilihat menjejaskan kewangan Thailand.

Sesi undi tidak percaya itu menyusul selepas protes besar-besaran di Bangkok oleh parti pembangkang yang dilihat bertujuan untuk menyingkirkan Yingluck dan partinya yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum lepas.

Protes itu melihat kerajaan terpaksa menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Isnin lepas selepas para pemprotes cuba memasuki bangunan Kementerian Kewangan Thailand dan juga sudah menguasai kawasan bangunan Kementerian Luar.

Bantahan itu mendakwa Yingluck hanyalah seorang Perdana Menteri boneka abangnya, Thaksin yang disingkirkan dari jawatan pada 2006 dalam satu rampasan kuasa oleh tentera.

Dua tahun kemudian, Thaksin disabitkan kesalahan atas dakwaan rasuah. – Agensi

0 comments:

Post a Comment