Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, November 29, 2013

No Comment

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini menggariskan 10 pegangan akidah penganut Syiah yang antaranya adalah mengharuskan liwat dan mempertahankan kahwin mutaah (kontrak).

Jakim berkata, fahaman Syiah semakin meruncing apabila ada dari kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan berlatar belakang agama telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman ini secara serius terutama kepada para pelajar universiti dan menular kepada masyarakat awam.

“Antara pegangan akidah yang dipegang oleh penganut Syiah di negara kita adalah mendakwa imamah sebagai rukun Islam yang pertama dan termasuk dalam perkara Usuluddin, menafikan kekhalifahan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman, mengkafir dan memfasikkan para sahabat, mendakwa Al-Quran telah diubah dan berdoa supaya dihapuskan penentang Syiah termasuk pihak berkuasa.

Menurut Jakim, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 1996 telah membuat keputusan mengharamkan ajaran Syiah di Malaysia dan menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikuti ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah samada dari segi aqidah, syariat dan akhlak.

Katanya, di zaman masyarakat Islam yang sebahagian besar dididik oleh Rasulullah SAW sendiri, racun yang disemburkan Syiah dapat melemahkan sebahagian masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru hara yang berpanjangan.

“Bayangkanlah, bagaimana agaknya jika racun yang berbisa itu disemburkan kepada masyarakat Islam terutamanya kepada orang yang lemah akidahnya, cetek pengetahuan tentang Islam. Tentu sekali dalam masa yang singkat sahaja akan membawa kehancuran yang sangat besar terutama kepada umat Islam dan negara.

“Sedarlah bahawa perbezaan aliran pemikiran yang bertentangan dengan prinsip akidah dan syariah boleh menyebabkan perkelahian sesama kita. Sebagai umat Islam kita berkewajipan membuat laporan kepada pihak berkuasa agama di tempat masing-masing jika menyedari atau melihat sendiri terdapat pihak yang berusaha menyebar ajaran Syiah,” katanya.

Mimbar mengingatkan hadirin sebarang usaha ke arah membendung ajaran Syiah adalah termasuk dalam erti kata jihad kerana mempertahankan kesucian agama yang diwarisi daripada Nabi Muhammad manakala usaha menyebarkan ajaran Syiah adalah termasuk di dalam perbuatan sesat lagi menyesatkan.

Katanya, disebabkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan umat Islam maka perpaduan di Malaysia dan rantau alam Melayu terus aman dan makmur tanpa berlakunya pertumpahan darah sejak berabad lalu.

“Ingatlah bahawa negara kita terkenal dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak zaman berzaman sehingga kini. Ibu bapa hendaklah berperanan dalam mendidik anak-anak dengan ajaran Islam yang sebenar agar menjadi generasi yang diredhai Allah dan berusaha menjauhi keluarga dari neraka.

“Banyak penyelewengan yang telah dilakukan oleh golongan ini yang menyentuh sama ada akidah, syariah dan kepentingan umum,” katanya. – The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment