Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, November 28, 2013

No Comment

Pelakon dan pemilik butik House of Doll (HOD), Nur Fazura Sharifuddin, 30, menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa butik miliknya itu tidak laku.

Sebaliknya, Fazura kini dalam perancangan untuk menambah satu lagi cawangan HOD dalam masa terdekat ini.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan InsyaAllah pada tahun hadapan memang ada perancangan untuk saya membuka satu lagi cawangan butik House of Doll dan ini merupakan di antara perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaan yang saya usahakan hampir dua tahun,” katanya memetik laporan portal Buahmulut.

Walaupun begitu, pelakon kelahiran Pekan ini mengakui dia mengalami masalah untuk mencari lokasi kedai yang sesuai dan strategik untuk menarik pelanggan ke HOD kedua miliknya kelak.

Butik HOD yang pertama telah dirasmikan pada 27 Mei tahun lalu dan terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment