Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

MUKAH – Enam maut dalam pertembungan ngeri kereta Perodua Kancil dan Toyota Hilux di Kilometer 82 Jalan Selangau-Mukah petang semalam.

Mereka yang terbunuh ialah lima sekeluarga dari kereta Kancil dan seorang penumpang dari kereta Hilux.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, kedua-dua kenderaan terbabit dipercayai bertembung hanya beberapa kilometer dari pekan Selangau.

Menurut sumber, kereta Kancil terbabit membawa enam penumpang termasuk pemandu dari Bruit menuju ke Mukah.

Manakala, pemandu Hilux bersama seorang penumpang yang maut dalam perjalanan dari sini ke Sibu.

Lima sekeluarga yang maut di tempat kejadian dari kereta Kancil tersebut dikenal pasti sebagai Hisyam Abdullah berusia 40-an, isterinya Jauyah Jaafar, 40-an, Kasyfil Asimiee, 9, Asrizan Airiel, 5, dan Aiemin Rayyan, 4.

Seorang lagi penumpang, Norsyafiqah Aqilah, 15, yang parah telah dirujuk ke Hospital Sibu.

Sementara itu, Mohamad Yahya Hisyam, 18, anak sulung Hisyam memberitahu tujuan ibu bapa dan adik-beradiknya ke Sibu adalah untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta.

“Mereka hendak pergi ke Sibu. Saya tidak dapat ikut bersama memandangkan kereta tidak muat dan pagi tadi (pagi semalam), mereka bertolak awal dari Sibu untuk balik ke Mukah,” katanya.

Orang awam yang menyaksikan kejadian menghubungi balai polis terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Sebuah jentera bomba dengan beberapa anggota turut bergegas di tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat-mayat mangsa yang tersepit. – Borneo Post Online

0 comments:

Post a Comment