Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, November 30, 2013

No Comment

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menemui spesies baharu bunga Pakma atau Rafflesia di Hutan Simpan Gunung Benom, Raub, Pahang.

Kumpulan penyelidik diketuai Prof Dr Jumaat Adam telah melakukan kajian terhadap bunga itu sejak dua tahun lepas namun hanya disahkan sebagai penemuan spesies baharu pada September lalu.

Dr Adam berkata perbezaan bunga tersebut dengan rafflesia yang lain adalah corak pada kelopak dan tetingkap bunga berkenaan iaitu coraknya lebih rapat dan bilangan bintil putih pada kelopak lebih banyak berbanding Rafflesia Azlanii.

“Bunga ini diberikan nama Rafflesia Sharifah-Hapsahiae sempena nama Naib Canselor UKM Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin yang sentiasa menyokong dan memberi galakan dalam menjalankan penyelidikan ini,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam Kongres Penyelidikan dan Inovasi UKM, di sini malam tadi.

Dr adam yang telah melakukan kajian terhadap bunga Rafflesia sejak tahun 1992 berkata bunga ini adalah bunga Rafflesia yang kelima direkodkan di Semenanjung, kesembilan di Malaysia dan yang ke-32 di dunia.

Beliau berkata kumpulannya kini menjalankan kajian di lokasi yang lain tentang bunga itu. – Bernama

0 comments:

Post a Comment