Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 19, 2014

No Comment

JIKA sebelum ini pertemuan mereka bermula sewaktu mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, nampaknya pelakon veteran, Ruminah Sidek atau Mak Mah, 68, dan pasangannya, Al Fatah Rahim, 70, bakal kembali semula ke sana selepas bergelar suami-isteri.

Umpama ‘bulan madu’, pasangan yang dinikahkan pada Sabtu lalu merancang untuk mengerjakan ibadah haji pula.

“Janggal rasanya sebut bulan madu, sudah tua. Tetapi Mak Mah dengan suami memang ada merancang untuk mengadakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

“Di sana bukan saja boleh beribadah, mendapat ketenangan dan keredaan Ilahi tetapi juga ia memberi kenangan istimewa buat Mak Mah dan suami kerana di sanalah pertama kali Mah Mah bertemu dengan suami semasa mengerjakan umrah di Makkah pada Mac lalu,” ujarnya, memetik Harian Metro.

Bagi kami, inilah hikmah perkahwinan walaupun sudah menjengah usia senja.

Hendak ke mana-mana pun senang sebab sudah ada pasangan yang menjadi peneman sepanjang masa…

Sumber: Elza / My News Hub

0 comments:

Post a Comment