Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment

TELUK INTAN – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong menyelar laporan sebuah portal berita berhubung kenyataannya mengenai pengundi luar.

Presiden Gerakan itu berkata, beliau hanya mengatakan bahawa pengundi luar mempunyai pengaruh pada hari pengundian Sabtu.

“Tetapi saya kata mereka sebagai pengundi luar perlu berbincang dengan ahli keluarga mereka yang tinggal di sini untuk membuat keputusan mengenai masa depan Teluk Intan.

“Jangan petik kenyataan saya hanya satu baris selepas itu buat kenyataan sendiri yang tidak tepat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pusat media di Pusat Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, Sabtu.

Portal berita berkenaan pada Jumaat mendakwa calon BN itu menggesa penduduk tempatan supaya tidak membiarkan pengundi luar menentukan masa depan Teluk Intan.

Ditanya mengenai sokongan pengundi yang keluar mengundi pada Sabtu, beliau berkata, saingan begitu sengit ketika ini.

“Kita akan tunggu keputusan diumumkan nanti dan kita akan terima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pengundi,” katanya.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN itu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Sumber: mStar Online

0 comments:

Post a Comment