Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 31, 2014

No Comment
Penduduk Pulau Perhentian sedang membuat permohonan kad pengenalan di kaunter yang disediakan JPN melalui Unit Mobile, di pulau itu, baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu berjaya mengesan masalah ketiadaan kad pengenalan dalam kalangan orang dewasa di pulau-pulau di negeri ini.

Sehubungan itu, JPN menggerakkan Unit Mobile (unit bergerak) yang bertindak sebagai pemudah cara bagi membantu golongan berkenaan, selain memberi penerangan kepentingan memiliki kad pengenalan.

Pengarah JPN negeri, Baitiyamin Mamat berkata, hasil kunjungan Unit Mobile ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian, pihaknya mendapati masih ramai tidak mempunyai kad pengenalan.

“Perkara ini agak mengejutkan pihak kami, tetapi apabila ditanya mengapa mereka mengelak membuat kad pengenalan, mereka beritahu masalah sebenar ialah kos untuk ke JPN yang memerlukan sekurang-kurangnya RM100 setiap seorang untuk perjalanan pergi dan balik dari pulau ke bandar.

“Mendengar masalah mereka ini, Unit Mobile mengambil inisiatif pergi ke pulau berkenaan untuk menyelesaikan masalah mereka sekali gus memberi penerangan tentang perlunya memiliki kad pengenalan,” katanya kepada Sinar Harian.

Baitiyamin berkata, majoriti daripada 300 permohonan kad pengenalan di kedua-dua pulau itu adalah orang dewasa.

Menurutnya, bagi memudahkan urusan serta mengurangkan kos pemohon, JPN akan datang semula ke pulau berkenaan apabila kad pengenalan siap untuk diserahkan kepada pemilik masing-masing.

“Diharap dalam masa terdekat ini, rakyat Terengganu termasuk di pulau, kawasan terpencil dan sebagainya memiliki kad pengenalan dengan adanya inisiatif daripada Unit Mobile ini,” katanya.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment