Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 28, 2014

No Comment
Dua lelaki dipercayai penagih dadah dibelasah penduduk kampung dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam.
SEBERANG TEMERLOH - Tindakan dua lelaki dipercayai penagih dadah kembali semula ke kebun getah untuk mengambil getah buku yang dicuri akhirnya memakan diri apabila dibelasah penduduk kampung kira-kira jam 2 petang semalam.

Kejadian berlaku di Kampung Bangau Parit di sini  telah disedari seorang penduduk kampung yang melihat kelibat dua lelaki berkenaan yang dalam keadaan mencurigakan masuk ke kebun getah milik penduduk kampung.

Penduduk, Shahidul Rizal Mohd Said, 32, berkata, dia yang mengesyaki sesuatu kemudian bertindak memberitahu ketua kampung dan pemilik kebun tersebut.

“Kami tunggu mereka keluar membawa tong berisi dua kilogram getah buku dan menangkap mereka dengan bahan bukti, ini bukan  kali pertama, sudah banyak kali berlaku, kali ini dapat tangkap,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Bangau Parit Fadhli Dzulkarnanin berkata, kes kecurian getah dan pecah rumah sebelum ini sangat berleluasa di kawasan tersebut dan penduduk terpaksa mengawal ketat kawasan kampung.

“Saya dapat maklumat daripada penduduk kampung mengatakan ada dua orang yang disyaki penagih dadah masuk dalam kawasan kebun getah dan membawa tong, dengan niat dan tujuan yang kita percaya untuk mencuri, dan apabila kita kumpulkan orang kampung dan juga rela untuk membuat  tinjauan di sini, didapati, mereka sedang membawa satu tong yang berisi dengan getah buku dan ini kali kedua yang dijual.

“Pagi tadi mereka jual dan petang ini mereka datang lagi mengambil getah penduduk kampung kedua-dua lelaki ini, bila kita tangkap dan kita siasat mengaku mereka adalah penagih dadah dan juga mengaku telah mencuri getah di kawasan Kampung Bangau Parit inilah,” katanya.

Fadhli berharap polis dapat melakukan rondaan lebih kerap bagi mencegah kes curi getah buku dan ikan sangkar daripada berleluasa di kawasan kampung tersebut dan sekitarnya.

Seorang penduduk yang juga penoreh getah Abdul Rahman Mohamad Taib, 54, turut gembira dengan kejayaan penduduk dapat menangkap penjenayah terbabit kerana hasil getahnya selalu dicuri.

Berikutan kejadian, penduduk menyerahkan dua lelaki terbabit kepada polis dan membuat laporan mengenai kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Anuar Othman mengesahkan menerima maklumat kejadian dan dua lelaki terbabit akan disiasat.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment