Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, September 30, 2014

No Comment

INCHEON: Penganjur Sukan Asia hari ini menarik balik pingat emas peserta wushu Malaysia, Tai Cheau Xuen selepas dia gagal dalam ujian doping, menurut pihak penganjur.

Tai didapati mengambil ubat stimulan jenis sibutramine, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Asia.

Tai merupakan atlit ketiga yang didapati positif dadah dalam temasya tersebut.



"Atlit tersebut telah dibatalkan penyertaannya daripada pertandingan tersebut termasuk di temasya itu, akreditasinya juga ditamatkan dan pingat emasnya ditarik balik," dalam satu kenyataan.

Pengumuman rasmi keputusan itu dibuat agak lewat kerana Tai dan Majlis Olimpik Malaysia telah memohon agar sampel B turut dikaji," pegawai rasmi berkata.

Menurut pengerusi jawatankuasa perubatan, Majlis Olimpik Asia, M.Jegathesan, lebih kurang 1,900 ujian doping dilakukan ke atas atlit Sukan Asia.

Menurut Jegathesan, terdapat tiga jenis ujian doping dilakukan.

Tai mendedikasikan kemenangannya kepada rakyat Malaysia yang menyokong kuat kontinjen negara di Incheon.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia atas sokongan yang telah diberikan," katanya. ─ Astro Awani




0 comments:

Post a Comment