Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, September 29, 2014

No Comment

Seramai 14 pegawai Kastam Diraja Malaysia didakwa Isnin membabitkan kesalahan menerima suapan antara RM200 hingga RM14,000 setiap seorang - kesalahan berkaitan dengan penyeludupan keluar barang yang tidak dibayar cukai eksais.

Menurut laporan Agenda Daily, Mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur dan Shah Alam membabitkan keseluruhan sebanyak 45 pertuduhan.

Lapan pegawai termasuk seorang Pengarah Kastam Negeri dan seorang yang pernah didakwa pada minggu lalu, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam manakala tujuh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur.

Dua pegawai yang didakwa di Kuala Lumpur juga didakwa di Shah Alam hari ini.

Pendakwaan hari ini merupakan susulan kepada pendakwaan ke atas 12 pegawai Kastam di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur, Shah Alam dan Ipoh antara 19 dan 25 September lalu.

Mereka yang didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Jalan Duta:

1) Amran Ismail, 35, Pembantu Penguasa Kastam dari Cawangan Siasatan Khas Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Kastam, Dengkil dikenakan lima (5) pertuduhan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 kerana disyaki menerima suapan antara RM300 hingga RM2,300 pada 10 hingga 20 Julai 2014.

2) Kamarul Asmady Ismail, 37, Pembantu Penguasa Kastam dari Unit Risikan Khas, Cawangan Risikan Pejabat Kastam Putrajaya dikenakan pertuduhan empat (4) di bawah Seksyen 16 (a)(A) ASPRM kerana disyaki menerima suapan antara RM1,000 hingga RM1,300 bagi memberi maklumat tentang 'profiling' yang dilakukan oleh Bahagian Risikan Kastam.

3) Mohd Rozlan Ibrahim, 57, Pembantu Penguasa Kastam Kuala Lumpur berhadapan dengan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan penerimaan wang tunai RM500 pada bulan April dan Mei daripada sebuah syarikat.

4) Mahadir Mohamad, 37, Pembantu Penguasa Kastam dari Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Wisma Kastam Pelabuhan Utara, Selangor dikenakan lima (5) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan penerimaan wang suapan RM1,000 dalam lima transaksi antara April hingga Ogos 2014.

5) Sahbandi Abdul Manap @Asly, 36, Pembantu Penguasa Kastam Gred dikenakan satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan kesalahan menerima suapan manakala satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menerima RM200.

6) Jamaludin Zam Zam, 54, Penolong Kanan Pengarah Kastam II Cawangan Risikan Zon Tengah Pejabat Kastam Putrajaya dikenakan satu (1) di bawah Seksyen 16(a)(A) ASPRM 2009 membabitkan kesalahan menerima suapan RM1,000 sebagai dorongan membekalkan maklumat berkaitan operasi perisikan Kastam.

7) Abdul Rahman Ahmad, 35, Pembantu Penguasa Kastam dikenakan dua (2) pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan menerima suapan antara RM200 ke RM300 pada Ogos 2014.-29/9/2014 *gambarhiasan

BERITA LANJUT MENYUSUL

0 comments:

Post a Comment