Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, September 28, 2014

No Comment


MADRID – Bintang Argentina, Lionel Messi meledak gol ke-400 sepanjang kariernya dengan Neymar menjaring hatrik ketika Barcelona kembali menghuni puncak La Liga Sepanyol hasil kemenangan besar 6-0 ke atas Granada, semalam.

Penyandang juara, Atletico Madrid juga mendaki ke kedudukan dua liga, ketinggalan dua mata di belakang Barca selepas meleburkan rekod tanpa kalah Sevilla dengan kemenangan 4-0 di laman sendiri.

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo meneruskan ketajamannya ketika membantu Real Madrid mencatat kemenangan 2-0 ke atas Villarreal namun kekal ketinggalan empat mata berbanding Barca.

Buat Barca, kemenangan ke atas Granada meneruskan prestasi cemerlang tanpa bolos dalam tujuh perlawanan dan bangkit daripada keputusan seri 0-0 bertemu Malaga, pertengahan minggu ini.

“Messi adalah seseorang yang disentuh oleh kayu magis dan dia terdesak untuk merasai nikmat bermain bola sepak,” kata bos Barca, Luis Enrique.

Selepas permulaan perlahan, Barca membuka tirai jaringan pada minit ke-26 menerusi bintang Brazil, Neymar diikuti jaringan Ivan Rakitic sebelum Neymar menamba gol kedua peribadi.

Barca meneruskan dominasi pada babak kedua dan meledak gol keempat menerusi Messi pada minit ke-62 sebelum Neymar melengkapkan hatriknya, empat minit kemudian.

Dan ketika perlawanan berbaki lapan minit, Messi kemudian membuktikan penyudah berbisanya dengan melengkapkan gol keenam Barca yang juga gol kelimanya, musim ini.

Dalam pada itu, bintang Real, Ronaldo menambah koleksi jaringannya musim ini kepada 13 gol daripada sembilan perlawanan ketika menentang Villarreal.

“Kami memenangi perlawanan yang sukar menentang pasukan yang bermain dengan baik dan memberikan kami masalah,” kata pengurus Real, Carlo Ancelotti.

“Namun kami mengawal perlawanan. Kami bergelut ketika perlu, bermain apabila perlu dan saya berfikir pada akhirnya kami menunjukkan sikap yang baik dan layak untuk menang,” katanya.

Begitupun, perlawanan itu diganggu dengan kain rentang yang dibawa penyokong Manchester United yang merayu Ronaldo supaya kembali ke Old Trafford. – AFP

0 comments:

Post a Comment