Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 12, 2014

No Comment

Salah seorang penumpang MH730, Paul Weeks, 39, seolah-olah dapat menduga sesuatu bakal berlaku ke atas dirinya apabila memberikan cincin perkahwinan dan jam kepada isteri sebelum menaiki pesawat, Sabtu lalu.

Menurut isteri Weeks, Danica, jam dan cincin itu dipesan agar diberikan kepada dua anak lelaki mereka jika berlaku apa-apa kepadanya.



Weeks yang bekerja sebagai jurutera mekanikal menaiki pesawat berkenaan dalam perjalanan menuju Mongolia bagi memulakan pekerjaan baru.

Bercakap kepada agensi berita Australia, 9News National, Danica bagaimana pun mengakui masih mengharap keajaiban agar suaminya dapat pulang semula ke pangkuannya dan anak mereka, Lincoln, 3, dan Jack, 11 bulan.

Weeks merupakan salah seorang daripada 227 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat MH370 yang hilang sejak awal Sabtu lalu.

Daripada keseluruhan penumpang pesawat, 152 merupakan warga China, 38 (Malaysia), tujuh (Indonesia), enam (Australia), lima (India), tiga (Amerika Syarikat) dan lain-lain dari Indonesia, Perancis, New Zealand, Kanada, Ukraine, Rusia, Taiwan dan Belanda. – REM RAMZI

Sumber: Dailymail

0 comments:

Post a Comment