Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara dilaporkan baik pagi ini dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 16 dan 48.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), lima kawasan mencatat bacaan IPU sederhana setakat 6 pagi.

Lokasi terlibat ialah Nilai dengan bacaan 63, Bukit Rambai (55), Banting (53), Port Dickson (52) dan Bakar Arang (52).

Bacaan IPU yang dikategorikan baik berada antara 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya pada bacaan melebihi 300.

Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment