Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 31, 2014

No Comment

Semalam, akhbar tabloid UK, Daily Mail menerusi keluaran mingguannya, The Mail terus melaporkan artikel yang tidak bermoral apabila mendakwa mereka melakukan wawancara dengan ahli keluarga juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Menerusi artikel itu, mereka mendakwa isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat, suaminya menyepikan diri dan menghabiskan masa bersendirian di bilik tidur mereka beberapa hari sebelum kejadian kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Selain itu, mereka turut menyiarkan kenyataan daripada anak sulung Zaharie, Aisyah yang mengatakan, bapanya bukan seperti individu yang dikenalinya selain ayahnya kelihatan terganggu dan seperti ‘hilang’ dalam dunianya sendiri.

Daily Mail sebelum ini juga menyiarkan laporan mengatakan Zaharie mengalami masalah rumah tangga sehingga membuatkan fokusnya terganggu ketika menjalankan tugasnya.

Malah, dakwaan seorang rakan kepada Zaharie juga menyebut yang kapten berpengalaman selama 33 tahun itu kelihatan seperti ‘tiada keinginan untuk bekerja disebabkan permasalah keluarga yang dialaminya itu’.

Selain itu, akhbar tabloid itu juga mendakwa Zaharie turut mempunyai skandal dengan wanita lain sehingga mendorong isterinya berpindah keluar dari rumah mereka yang terletak di Laman Seri, Shah Alam.

Ternyata, semua yang dilaporkan Daily Mail itu adalah tidak benar apabila Aishah memuat naik status di Facebook yang berbunyi, “wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.

“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,” tulis Aishah lagi.

Satu emel yang dipercayai dihantar keluarga Zaharie kepada portal Malaysian Insider menafikan ahli keluarga juruterbang itu bercakap kepada Daily Mail.

Menurut kandungan emel itu lagi, setakat ini hanya anak lelaki Zaharie yang pernah bercakap kepada media sejak insiden itu berlaku.

Kapten Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27, bersama 227 penumpang dan 10 anak kapal berada dalam pesawat MH370 yang masih hilang sehingga hari ini sejak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi, 8 Mac lalu.

Pesawat tersebut sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama.

Namun, pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat pengumuman bahawa penerbangan itu telah mengakhiri perjalanan mereka di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi hasil analisa daripada Cawangan Siastan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment