Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay di Teluk Burau di sini dan melahirkan harapan untuk melihat tiga juta pelancong akan mengunjungi Langkawi setiap tahun dan menyumbang RM3.8 bilion kepada ekonomi.

Beliau berkata pelancongan adalah elemen utama Program Transformasi Ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

“Saya mahu melihat ketibaan 3 juta pelancong ke pulau ini setiap tahun, membawa RM3.8 bilion kepada ekonomi dan melahirkan sekurang-kurangnya 4,200 pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa pelancaran itu.

Najib berkata enam tahun daripada sekarang kerajaan mahu menyambut ketibaan 36 juta pelancong ke Malaysia dan mengutip hasil RM168 bilion setahun atau lebih RM3 bilion setiap minggu.

“Ia merupakan sasaran yang diharap-harapkan, ya, dan kita memang menuju ke arah itu untuk mencapainya. Tahun ini sahaja, 28.8 juta orang akan melawat Malaysia, meningkat 12 peratus berbanding tahun lepas.

“Kita kini merupakan destinasi kedua yang kerap dikunjungi di seluruh Asia Tenggara,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment