Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

SYARIKAT satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah “berakhir di Lautan Hindi”.

Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah “berakhir di Lautan Hindi” dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.

Bagaimanapun, pengumuman itu telah membangkitkan kemarahan di kalangan keluarga penumpang China, yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut ditemui.

Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.

“Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.

“Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat,” jurucakap itu dilaporkan berkata.

Dalam kenyataan Najib itu, memang beliau tidak memaksudkan bahawa Inmarsat membuat kesimpulan berkenaan sebaliknya syarikat satelit itu hanya membuat analisis data menunjukkan lokasi isyarat terakhir diterima dari pesawat MH370 ialah di Lautan Hindi.

“Berdasarkan analisis mereka (Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan pesawat MH370 telah terbang di koridor selatan dan lokasi terakhir pesawat itu ialah di Lautan Hindi, barat Perth, Australia.

“Ia adalah lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang landasan mendarat. Oleh itu, dengan rasa kecewa dan kesedihan, saya ingin memaklumkan, berdasarkan analisis baru ini, penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi,” kata Najib dalam pengumuman itu.

Hari ini sudah masuk hari ke-22 misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 dilaksanakan di selatan Lautan Hindi dengan kini tumpuan pencarian dilakukan di kawasan baru. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment