Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

BACHOK – Seorang remaja mati lemas manakala rakannya hilang ketika mandi di pantai Kandis di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad berkata mayat Mohamad Arifin, 18, dijumpai anggota bomba dan penyelamat Bachok pada pukul 12.15 tengah hari, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

“Seorang rakannya Mohd Lotfi Ibrahim, 14, masih belum ditemui dan gerakan mencari sedang dijalankan,” katanya di tempat kejadian.

Beliau berkata kedua-dua mangsa adalah antara lebih 200 anggota rombongan Komuniti 1Malaysia Kampung Belukar, Pasir Mas, yang datang untuk berkelah di pantai berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dikatakan mandi bersama empat lagi rakan mereka apabila tiba-tiba ombak besar melanda.

“Kempat-empat rakan mangsa sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai,” kata Abdul Hamid.

Katanya operasi mencari Mohd Lotfi dilakukan pasukan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Belukar Omar Daud yang mengetuai rombongan itu berkata mereka datang dengan tiga buah bas dan beberapa kereta pada 10.30 pagi tadi.

“Entah macam mana kedua-dua mangsa dan empat rakan mereka tidak sabar untuk mandi. Mereka terus terjun ke laut sebaik tiba dan saya mula menyedari kejadian itu sebaik terdengar jeritan rakan-rakan mereka yang terselamat,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment