Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) mengecam media antarabangsa kerana dilihat gemar memutarbelitkan fakta dan membuat laporan yang memburuk-burukkan Malaysia berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Zainal Rampak berkata, tindakan media asing menimbulkan sentimen negatif terhadap segala usaha yang dilakukan kerajaan Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 seolah-olah cuba menangguk di air yang keroh.

“Saya mendesak media luar negara menghentikan kenyataan (laporan) negatif yang mengeruhkan keadaan yang menaikkan sentimen keluarga mangsa. Kenyataan yang benar dan positif yang harus dipaparkan dalam media cetak dan elektronik bagi menerangkan keadaan sebenar.

“Media cetak dan elektronik perlu memaparkan usaha yang dilaksanakan dan MAS dan kerajaan Malaysia… bukan mengutuk, menekan serta mengeruhkan keadaan. Kejadian ini adalah kejadian aneh yang belum pernah berlaku pada mana-mana penerbangan sebelum ini,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Zainal berkata, MAS membelanjakan wang yang banyak untuk keluarga penumpang pesawat MH370 sama ada dari China atau negara lain dengan menempatkan mereka di hotel bertaraf tinggi serta menyediakan makanan dan wang tunai ribuan ringgit kepada mereka.

Justeru, katanya, beliau sebagai rakyat Malaysia menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia dan menyeru kepimpinan negara supaya tidak gentar menyatakan kebenaran dalam insiden itu kerana beliau yakin tiada sebarang perkara yang perlu disorokkan dalam kejadian tersebut.

“Tragedi yang menimpa pada pesawat MH370 bukan kemalangan biasa yang berlaku kepada kenderaan darat seperti bas, prime mover, teksi mahupun kereta biasa, tetapi pesawat MH70 ini hilang di angkasa dan lautan yang begitu luas,” tegasnya. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment