Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

Para waris penumpang dari Beijing mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada para wartawan selepas pertemuan selama lebih dua jam bersama wakil MCA dan Malaysia Airlines hari ini.

Seramai 15 orang dari 34 orang yang menyertai pertemuan tersebut menegaskan mereka “Tidak mahu bercakap”, apabila para wartawan mengerumuni mereka sebaik keluar dari bilik perbincangan di sebuah hotel di Subang.

Wakil Kedutaan Cina yang diketuai Setiausaha Pertamanya Liu Peng Xiang juga enggan memberi sebarang kenyataan ketika diasak para wartawan.

Kumpulan waris tersebut, yang menyertai perbincangan sebaik tiba di Malaysia pagi ini, diiringi oleh 20 orang wakil MCA, diketuai naib presiden Datin Chew Mei Fun.

Seramai lapan orang wakil MAS, termasuk enam anggota keselamatannya turut mengiringi para anggota keluarga penumpang berkenaan dari pintu dewan perbincangan ke sebuah lif.

Tiada anggota polis dilihat mengawal para anggota keluarga tersebut, yang dikerumuni seramai kira-kira 50 orang petugas media dari pelbagai agensi dalam kejadian selama kira-kira 10 minit itu.

Para wartawan yang berasak-asak dalam kejadian tersebut menunggu sejak jam 11 pagi di luar bilik berkenaan sebaik mendapat tahu para waris tersebut dibawa ke hotel berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun yang mengetuai unit bantuan krisis parti itu merupakan wakil kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan anggota keluarga penumpang berkenaan. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment