Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Kementerian Pelajaran Malaysia masih meneliti status jawatan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji mengikut suaminya bertugas di Sweden sebelum dikenakan hukuman penjara di negara berkenaan kerana mendera anak mereka.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya memahami bebanan yang dihadapi Shalwati, 46, selaku penjawat awam dan kerajaan akan membantu sedaya upaya kerana kes ini melibatkan perundangan berkaitan perkhidmatan awam.

“Saya perlu lihat (bentuk) perundangan dan pandangan daripada pakar undang-undang terlebih dahulu. Kita akan cuba untuk mengurangkan beban mereka itu sebagai rakyat negara kita yang dihukum di luar negara.

“Ini merupakan perkara baharu yang perlu kita selesaikan kerana dia dihukum di luar negara dan kita lihat apakah pertimbangan-pertimbangan yang mustahak agar tidak membebankannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) ‘Jom Masuk U’ kali ke-10 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, Sabtu.

Pada Jumaat, Mahkamah Daerah Solna di Stockholm mendapati Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, 38, selaku Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden bersalah atas tuduhan mencabuli integriti dan memukul empat anak mereka.

Shalwati dihukum penjara 14 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK67,200 (RM33,909) manakala Azizul dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan diperintah membayar pampasan SEK36,400 (RM18,367) kepada anak mereka.

Pasangan itu dituduh memukul anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, tujuh tahun. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment