Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Penganut Buddha Belia Malaysia (YBAM) akan menganjurkan acara Berdoa Untuk MH370 di Buddhist Maha Vihara, Brickfields di sini pada 31 Mac ini.

Setiausaha Agungnya, Wong Sook Kim berkata, acara dijadual berlangsung bermula pukul 7.30 petang itu bagi mendoakan penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) tersebut.

“Acara ini juga untuk mendoakan ahli keluarga mangsa supaya dapat melalui kehidupan mereka dengan penuh tabah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sook Kin berkata, acara itu turut melibatkan wakil daripada agama lain yang akan turut mendoakan perkara sama mengikut cara masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai menyertai acara itu untuk menunjukkan rasa simpati dan ambil berat terhadap nasib keluarga penumpang dan krew pesawat itu.

Tambahnya, peristiwa itu secara tidak langsung mengajar manusia supaya sentiasa menghargai kehidupan, ahli keluarga dan sahabat. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment