Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 31, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemui mati dalam longkang berhampiran asrama lelaki Desasiswa Restu, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini tengah malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata lelaki berusia lingkungan 20-an yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu ditemui dengan kesan kecederaan pada betis kiri, hidung berdarah dan calar di dagu pada 12.45 tengah malam oleh pengawal keselamatan universiti

Katanya lelaki terbabit memakai baju kuning bertulis ‘Pertandingan Pertolongan Cemas Cawangan Perak’ dan berseluar sukan pendek.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kamera litar tertutup di lokasi kejadian tidak berfungsi dan beberapa penuntut yang tinggal di asrama itu tidak mengenali lelaki berkenaan.

Katanya mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment