Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 31, 2014

No Comment

PUTRAJAYA- Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rayla Xanana Gusmao diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini hari ini sempena lawatan tiga hari beliau di Malaysia.

Ketibaan beliau di Dataran Putra di sini pada 10 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, disusuli lagu kebangsaan Malaysia dan Timor-Leste dimainkan.

Gusmao kemudian memeriksa barisan kawalan kehormat dianggotai 106 anggota dan pegawai daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan menteri-menteri Kabinet.

Gusmao dan Najib kemudian beredar ke Paras Lima bangunan Perdana Putra untuk memulakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan perkembangan kerjasama dua hala sedia ada antara kedua-dua negara, dan bidang berpotensi bagi kerjasama iaitu perdagangan dan pelaburan, pembangunan infrastruktur, hidrokarbon, kesihatan, pelancongan dan kewangan.

Kedua-dua pemimpin dijangka mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Gusmao juga akan ke Kota Kinabalu dengan beliau dijadual mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri, dan melawat Universiti Malaysia Sabah.

Ini merupakan lawatan pertama Gusmao ke negara ini dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri Timor-Leste selepas dilantik semula untuk penggal kedua pada 8 Ogos 2012.

Beliau pernah melawat Malaysia selaku presiden Timor Leste pada 2003 bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ke-13 Negara-negara Berkecuali dan pada 2005 bagi menyaksikan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi.

Lawatan ini memberikan peluang kepada kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama sedia ada dan menjalin kerjasama dalam bidang baharu bagi manfaat bersama-sama. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment