Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

FILEM terbaru arahan Pengarah Mamat Khalid Zombi Kilang Biskut yang sudah mula ditayangkan di 88 buah pawagam seluruh negara dan Brunei telah berjaya mengutip RM1.1 juta selepas tujuh hari tayangan iaitu pada Khamis lepas.

Menurut kenyataan syarikat produksi filem berkenaan Enjit Semut Sdn Bhd menghargai kerjasama semua pihak khususnya media yang sentiasa membantu menyebarkan maklumat berkenaan filem itu kepada orang ramai.

“Terima kasih kepada semua rakan media yang sentiasa memberi sokongan dan membantu menyebarkan informasi berkaitan filem berkenaan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zombi Kilang Biskut mengisahkan watak Husin dilakonkan Awie yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai `supervisor’ atau penyelia selepas diisytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura.

Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit.

Keadaan menjadi tegang apabila mereka terperangkap dalam kilang itu apabila polis mengisytiharkan darurat di seluruh Taiping. Dalam masa yang sama seorang demi seorang pekerja kilang itu hilang dan ada yang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan.

Apabila disiasat, Husin mendapati semua kejadian itu berpunca daripada serangan zombi yang berkeliaran di kawasan stor kilang berkenaan.

Dia seterusnya mendapati kilang itu sebenarnya membekalkan dadah jenis ecstasy tetapi proses pembuatan dadah itu menjadikan penagih bertukar menjadi zombi. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment