Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo atas kemenangannya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

“Kita akan terus bersama memakmurkan Sarawak,” kata Najib, yang juga Pengerusi BN, dalam tweet terbaharu beliau hari ini.

Semalam, BN mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti 6,911 undi.
Yussibnosh, 48, memperoleh 8,194 undi berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment