Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao akan melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia mulai esok.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini hari ini berkata, Gusmao, dalam lawatan ketiganya itu ke negara ini, akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan perkembangan semasa kerjasama dua hala yang sedia terjalin.

Ia juga bagi mengenal pasti potensi kerjasama dalam bidang lain, khususnya pelaburan, pembangunan infrastruktur, hidrokarbon, kesihatan, pelancongan dan kewangan.

Gusmao turut dijadual mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Sabah, selain membuat kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah serta Ketua Menteri negeri itu.

Sebelum ini, Gusmao ke Malaysia pada 2003, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Ke-13 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM); dan 2005 bagi menghadiri Langkawi International Maritime Aerospace Exhibition (LIMA). – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment