Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

Kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja.

Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.

Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.

Susulan penemuan itu, kapal China membuat pencarian di kawasan itu bagi mengesan pesawat malang yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ia adalah pencarian yang memasuki minggu keempat selepas penemuan tanda palsu yang disangka serpihan pesawat itu sebelum ini.

Pihak berkuasa Australia menyusun semula pencarian ke 1,100 km ke utara Jumaat lalu selepas analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada andaian sebelum ini.

Penemuan objek pelbagai warna oleh kapal terbang China itu berikutan laporan kapal antarabangsa pada Jumaat yang melihat objek pelbagai warna, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa).

Amsa berkata, sesetengahnya dilihat seperti daripada kapal nelayan dan ia tidak boleh disahkan sehingga diambil oleh kapal laut yang mencari.

“Kami berharap dapat mengenal pasti objek yang kami lihat semalam,” kata Ketua Skuad Tentera Udara Diraja New Zealand, Leftenan Leon Fox kepada Reuters sebelum terbang ke kawasan pencarian dengan Orion P-3.

“Kami berharap kapal di kawasan itu dapat mengambilnya dan memberikan kepada kita petunjuk terhadap apa yang kami lihat,” katanya.

Kapal China Jinggangshan yang membawa dua helikopter di atasnya sampai ke kawasan pencarian itu semalam dan dijangka memberikan fokus kepada serpihan kapal yang timbul termasuk tumpahan minyak dan jaket keselamatan di laut yang luasnya 6,900 km persegi, kata Xinhua.

Empat lagi kapal China dan satu dari Australia dalam perjalanan ke sana tetapi hanya sampai lewat semalam.

Sebaik sahaja pesawat MH370 dikesan hilang pada 8 Mac lalu, pencarian tertumpu di Laut China Selatan.

Operasi mencari kemudian dipindahkan ke Lautan Hindi selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pesawat itu berpatah balik dalam perjalanannya dari KLIA ke Beijing.

Pencarian kemudian tertumpu selama seminggu di kawasan 2,500 km persegi di tenggara Perth selepas imej satelit menunjukkan kemungkinan ada serpihan pesawat itu. Kawasan itu juga kemudian ditinggalkan.

Kini pencarian memasuki kawasan baharu selepas analisis radar dan setelit mendapati kemungkinan ia terbang lebih laju daripada jangkaan awal. – The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment