Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Sambutan ulang tahun ke-72 Pasukan Harimau Malaya Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sungai Ara mencipta kelainan tersendiri apabila 10 pasangan pengantin diraikan dalam majlis persandingan serentak, di sini malam tadi.

Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohamad Nizam Abdul Manap berkata acara itu bertujuan merapatkan hubungan silaturahim terutama antara ‘menantu-menantu Harimau Malaya’ sebagai permulaan menempuh kehidupan baharu menjadi sebahagian anggota keluarga besar pasukan itu.

“Ini kali pertama kita meraikan pasangan pengantin baharu yang begitu ramai. Kita berharap ia menjadi kenangan manis kepada pengantin serta semua tetamu yang hadir,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu ketibaan pasangan mempelai disambut alunan muzik tradisional sambil diiringi paluan kompang serta persembahan pencak silat, sketsa dan dikir barat.

Majlis turut diserikan dengan acara merenjis air mawar kepada pasangan pengantin.

Pasangan Lans Koperal Ahmad Basran Mohamed, 28, dan Tuan Siti Nurul Farizal Zarina Tuan Lembut, 28, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan melahirkan rasa gembira kerana berpeluang bersanding sekali lagi selepas melangsungkan akad nikah 1 Feb lepas.

“Kami hanya diberitahu mengenai perkara ini pada saat akhir dan gembira kerana seluruh rakan-rakan dapat hadir menyaksikan hari yang paling bersejarah buat saya dan isteri,” kata Ahmad Basran.

Sementara itu, pensyarah Kolej Komuniti di Johor Nur Fairuz Afni, 28, melahirkan rasa syukur kerana perkenalan dengan suami Pbt Ahmad Nazry Yusup, 26, dari Sarawak selama enam bulan berakhir ke jinjang pelamin.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun keluarga tidak dapat hadir, melihat ramai saudara-mara pasangan lain hadir memberi sokongan, membuatkan kami rasa paling bertuah hari ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment