Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

LONDON – Manchester City gagal memanfaatkan kekalahan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan terpaksa berpuas hati dengan satu mata hasil seri 1-1 dengan Arsenal.

Pasukan pelawat itu kelihatan menuju puncak liga selepas mendahului pada minit ke-18 menerusi David Silva tetapi Mathieu Flamini memastikan pasukannya mencuri satu mata pada awal separuh masa kedua.

City boleh memintas Chelsea yang kalah mengejut 1-0 kepada Crystal Palace dan Liverpool yang akan melayan Tottenham Hotspur malam ini, jika ia menang.

Namun, Chelsea kekal di puncak buat sementara ini. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment