Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh menggunakan kad Touch ‘n Go untuk membayar makanan dan minuman di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah di Perak.

Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (TNGSB) dalam satu kenyataan media memberitahu, pelancaran perkhidmatan bayaran menggunakan kad Touch ‘n Go di R&R Tapah akan diadakan di situ pada 1 April 2014.

“Bagi peringkat permulaan, TNGSB bersama konsesi Lebuhraya PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) memperkenalkan perkhidmatan ini di R&R Tapah di kedua-dua arah selatan dan utara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan merupakan usahasama strategik TNGSB dan PLUS bagi menambah baik perkhidmatan kepada pengguna lebuhraya.

Ia juga bertujuan menyahut seruan Bank Negara Malaysia dalam memacu adaptasi pembayaran elektronik bagi kecekapan sistem pembayaran di negara ini. – SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment