Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 30, 2014

No Comment

MELAKA – Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha mewujudkan peluang kepada pelajar kolej berkenaan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.

Ketua Eksekutif KAYM Datuk Saroni Judi berkata kerjasama itu mampu memantapkan program yang ditawarkan di KAYM selain meningkatkan bidang pendidikan di negara ini.

“Dengan adanya kerjasama seperti ini KAYM akan terus mendapat tempat di hati pelajar serta kepercayaan ibu bapa dan kita jangkakan bilangan pelajar baharu akan terus bertambah pada tahun ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata MoU itu melibatkan pengajian peringkat ijazah di IUKL dalam Sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan; Perakaunan; Sains Komputer; Teknologi Maklumat; serta Multimedia dan Sistem Maklumat.

Pada majlis tersebut, edisi sulung majalah ‘ICYM’ turut dilancarkan bagi memberi ruang kepada pelajar mencernakan idea masing-masing selain menterjemahkan ilmu yang dipelajari di bilik kuliah secara praktikal.

“Majalah bulanan ini sejajar dengan keperluan bahan bacaan berkisar kehidupan kampus sekali gus memberi ruang kepada pembaca untuk mengenali KAYM dengan lebih dekat,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment