Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu tidak akan memberi pampasan kepada penduduk yang terlibat dalam projek pelebaran jalan di sekitar Kampung Kuala Abang dekat Dungun hingga ke jambatan Merchang, Marang kerana tanah yang terbabit ialah tanah rezab milik kerajaan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata malah pihaknya banyak berdiplomasi apabila tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada penduduk yang terlibat.

“Jika ikut peraturan, mereka telah menceroboh tanah kerajaan secara haram dan boleh dikenakan denda atau penjara dua tahun.

“Namun, kita tidak bertindak demikian sebaliknya hanya mengambil tanah terbabit untuk proses menaik taraf jalan sedia ada untuk dilebarkan menjadi jalan empat lorong demi keselesaan rakyat,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-10 Persatuan Bekas Pegawai Tadbir negeri Terengganu di sini hari ini.

Projek naik taraf jalan raya dari Kemaman ke Kuala Terengganu sepanjang 160km itu dijangka siap pada 2018 dan kini dijalankan secara berperingkat mengikut fasa yang dirancang.

Pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya serta menjimatkan masa perjalanan.

Ditanya mengenai aktiviti ekonomi sekitar Kampung Pasir Putih yang begitu sinonim dengan gerai jagung, Ahmad berkata penduduk yang terlibat boleh membuka gerai mereka berdekatan rumah dan ia mesti mempunyai jarak khusus dari tanah rezab kerajaan.

“Tiada masalah untuk mereka terus berniaga, cuma gerai sedia ada memang dibina dalam tanah milik kerajaan dan kita terpaksa mengambilnya semula.

“Jadi, selepas ini mereka boleh berniaga seperti biasa di gerai baharu yang berhampiran rumah mereka,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment