Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 25, 2014



KUALA LUMPUR, 25 Okt — Aktivis belia, Ali Abdul Jalil, yang kini mencari perlindungan politik di Sweden bagi melepaskan diri dari akta hasutan, menuduh kerajaan Malaysia melayannya seperti 'sampah'.

Memetik dari laman Facebook miliknya, Ali berkata dia tidak lagi berasa selamat berada di negara ini terutamanya setelah menerima beberapa ancaman dari "samseng dan kumpulan rasis Melayu di Malaysia".

"Sekarang, saya di Sweden....mencari perlindungan...kerajaan Malaysia dan sultan melayan saya seperti sampah", tulisnya.

"Saya telah diancam oleh gangster dan kumpulan rasis Melayu di Malaysia.... Malaysia tidak selamat lagi bagi saya, polis dan gangster mengekori saya setiap masa", tambahnya.



Ali juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa kumpulan hak asasi manusia di atas sokongan mereka, antaranya Amnesty International, Anything But Umno, Parti Sosialis Malaysia, Suara Rakyat Malaysia, Majlis Peguam, Lawyers for Liberty, Sisters in Islam, Projek Dialog dan Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Menurut portal berita Rakyat Times hari ini, Ali meninggalkan Malaysia pada 18 Oktober dan terbang ke Stockholm, Sweden, dari Bangkok tiga hari kemudian.

Awal pagi ini, kakak kepada Ali, Asiah mengesahkan bahawa adiknya telah pergi untuk mendapatkan perlindungan di luar negara.

Katanya, Ali tidak memberitahu keluarga tentang perkara itu terlebih dahulu tapi menghubungi mereka setelah sampai disana pada hari Selasa.

Di dalam posting terbarunya di Facebook, Ali juga menyatakan Malaysia negara yang rasis dan tidak ada kebebasan bersuara di negara ini selain beberapa kata-kata yang menghina sultan.


Ali sebelum ini pernah didakwa mengikut akta hasutan kerana menghina sultan Selangor, sultan Johor dan institusi beraja di Malaysia - SiakapKeli.com

25 comments:

  1. Berani kerana benar la???..yg ko pi lari buek gapo..ngokkk. ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni masih tak sedar lagi ke? takde ape yg benar di Malaysia lagi bang..sbb tu kena pergi..

      Delete
    2. kay chomel...bwat ggapo dok di Malaysia kalu tersekat...bodo la dudok kat Malaysia kalau nak cari nahas...good move Ali..you are hero.....sampai masa insyaallah raja2 yang zalim akan ke muzium...

      Delete
  2. pandai sangat hina2 org... puiii berambus la lu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu pun berambos laa bodooi oi. Sebok jaa

      Delete
  3. elok pun lari kalau tak menyemak buat masalah pd negara je

    ReplyDelete
  4. dah keluar kenyataan yang memaki orang lain tak kan orang lain tak marah... mestilah kena kau ingat kat malaysia nie kau boleh cakap ikut mulut kau ker... respectlah orang lain dulu kalau nak orang respect kau... dan lari luar negara ingat orang tak boleh carilah tuer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalannya logik ke nak respect pada yang tak ada rasa respect...shah reza agak lemah dalam pembacaan....mungkin sekolah takat darjah 6

      Delete
  5. Mmg betoi apee y die kate pon. Cume. Bahase die jee x cantik. Panas sgt kot. Rakyat makin miskin. Y kaye makin kaye. Y kaki jilat kembong kenyang. Malaysia tiada hak brsuara . Besuara tentang kerjaan ready akta hasutan. Betul x betol nii bodoi bodoi oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xda hak bersuara dah lama ko kena tangkap

      Delete
    2. farid aswan tentu macai UMNO atau peliharaan Kak Ijat...hihihi gurau je...

      Delete
  6. racist? tak boleh kata pasal Sultan~ Dude what about Singapore? We talk bad about PAP police came knocking on our doors too. If you talk shit to the government you get what you sow DUH!

    ReplyDelete
  7. Wh u give u get back la.. ni lepas batu atas tangga plk..

    ReplyDelete
  8. Tapi memang betul dia kata. Ini bukan cerita saya tapi bukan cerita orang yang saya tak kenal. Kawan saya punya keluarga ada yang lari dari Malaysia sebab sultan Johor agak gangster. Bukan salah dia mulut tak pandai jaga. Dia cuma tak sanggup buat benda illegal yang Sultan suruh, jadi dia tahu "rahsia" tersebut. Ada la kisah beberapa kali pembunuh upahan kantoi bawa senjata dan ada gambar target (iaitu dia). So skang dia tak berani dok Malaysia dah

    ReplyDelete
  9. xpatut ada di Malaysia..Manusia apa gini,lari then burukan Malaysia..Tarik kerakyatan BANGSAT nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tentu mentaliti Pekida....penyembah raja2...hihihi...x sedar diri...

      Delete
  10. elok la bangsat ni lari...kalo ada kt malaysia pun menyusahkan org je dgn kata2nya yg mcm gampang...kalo xde undang2 mamat ni aku dh penggal kepala dia...biar rakyat malaysia tau sket hormat pd raja2 sultan2 dan negara malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akal kamu ni pendeklah ..kamu tentu spesis Hang Tuah yang sanggup makan tahi kerana Raja...bodohnya..lembu Kak Ijat tidor kat kondominium..kamu dalam lubang tahi...

      Delete
  11. Kalau diThailand, hukuman menghina Raja adalah... Hukuman Mati.

    ReplyDelete
  12. kerana masih ada sultanla ko melayu masih ada di bumi ini. elok la nak lari pun jagn nanti ko nak balik sini pulak.merayu bagai.org macam ko ni patut tak yah duk kat malaysia ni.geram plak aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodohnya kamu ni...kamu ada didunia kerana Allah...ni la masalah aqidah Islam spesis UMNO....

      Delete