Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 24, 2014

No Comment


KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga berdepan dua pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap anak tirinya berusia 15 tahun, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Tertuduh berusia 41 tahun dari Pulau Perhentian, Kuala Besut, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa di Teratak Zulaiqal’s Teluk Dalam, Pulau Perhentian, Besut, jam 2 pagi, 7 September lalu.

Dia sekali lagi didakwa mengulangi kesalahan sama apabila merogol mangsa di lokasi sama, sejam kemudian, iaitu kira-kira jam 3 pagi, 7 September lalu.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi sama, jam 3 pagi, keesokan harinya iaitu 8 September lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Rozianti menetapkan 29 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, manakala tiada sebarang jaminan ditawarkan. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment