Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 30, 2014

No Comment

Setelah sekian lama Hanez di gam oleh stesen-stesen televisyen tempatan berikutan isu sebelumnya kini masih tiada rezeki berlakon buat Hanez.

Sebelum ini terdapat satu berita gembira yang dikongsikan oleh Hanez bersama peminatnya yang mana dia telah ditawarkan memegang satu watak dalam sebuah telefilem diberi judul ‘Cikgu Timah Sekolah Bandar’.

Namun demikian, hasratnya untuk menjayakan telefilem tersebut tidak kesampaian apabila dikhabarkan, dia ditendang keluar dari produksi tersebut. Alahai, kesiannya.

Bagaimanapun malang sekali apabila hasratnya untuk menjayakan telefilem tersebut tidak kesampaian apabila dikhabarkan, dia ditendang keluar dari produksi tersebut.

Lagi parah, Hanez sendiri telah menguar-uarkan berita gembira itu kepada umum di laman instagramnya, namun sebaliknya dia tidak dapat berlakon dan tempatnya diisi dengan pelakon lain.

Memetik kenyataan Hanez dalam akhbar Kosmo, “Sebenarnya saya dah mula berlakon telefilem itu. Tapi saya sempat ikut satu hari sahaja. Malam pada hari pertama penggambaran itu saya dimaklumkan watak saya digantikan dengan orang lain.”

“Mereka ada jelaskan sebabnya kenapa saya ditukar kepada orang lain. Cuma tak perlulah saya panjangkan isu ini. Saya anggap ia bukan rezeki saya,” katanya.

Tidak tahu apa yang berlaku sehingga Hanez ditendang dari telefilem tersebut. Mungkin para penerbit masih tidak berani mempertaruhkan Hanez dalam produk mereka, mungkin juga di atas permintaan stesen TV sendiri yang tidak mahu merisikokan slot yang diberi. ─ Siakapkeli.com

0 comments:

Post a Comment