Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 29, 2014

No Comment

LONDON – Iklan terbaru jenama pakaian dalam Victoria Secret yang memaparkan model kurus memiliki bentuk badan sempurna, telah dikritik hebat kerana ia disifatkan sebagai tidak sihat dan merosakkan.

Iklan berkenaan adalah bagi mempromosikan coli baru dikenali sebagai `Body’.

Namun iklan itu menunjukkan model-model yang kurus dengan perkataan  “The Perfect ‘Body’” telah menyebabkan petisyen mengenainya dilancarkan.

Petisyen tersebut mendesak Victoria Secret memohon maaf dan mengubah konsep iklan berkenaan.

Ia dilancarkan oleh seorang pelajar Universiti Leeds, Frances Black yang menyifatkan iklan itu memberikan mesej yang tidak baik dan merosakkan golongan muda.

“Ia menyebabkan wanita berasa rendah diri. Saya mahu mereka meminta maaf dan bertanggungjawab kerana memilki perkataan yang salah dalam kempen promosi berkenaan,’’ katanya.

Menurut Black, dia melihat iklan tersebut ketika berjalan di sebuah pusat beli belah di Leeds.

0 comments:

Post a Comment