Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 24, 2014

No Comment

Hari ini berlangsungnya perkahwinan antara Tunkju Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30 dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21. Peristiwa bersejarah bagi dua pasangan tersebut berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini.

Upacara pernikahan itu dijalankan kira-kira jam 10 pagi dan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran. Ketibaan pengantin lelaki, Tunku Ismail diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Majlis pernikahan itu turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga dan kenalan terapat serta pemain pasukan naungan Tunku Ismail, Johor Darul Takzim (JDT), seperti Aidil Zafuan dan Syafiq Rahim turut hadir di majlis tersebut.

Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dan bakal dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.

Apa yang uniknya dalam majlis pernikahan ini, walaupun ia adalah majlis bagi pasangan diraja tetapi konsepnya sederhana yang mana boleh dicontohi.

Pada 8 November jam 7.30 akan diadakan Istiadat persandingan di  Istana Besar Johor dan bakal dihadiri seramai ,1200 tetamu. - Siakapkeli.com





0 comments:

Post a Comment