Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 29, 2014

No Comment

PARIS –Seorang menteri wanita Perancis, Fleur Pellerin mengejutkan penduduk di negara berkenaan selepas mengaku beliau tidak membaca walau sebuah buku pun dalam tempoh dua tahun ini.

Pellerin yang merupakan Menteri Kebudayaan Perancis itu juga tidak dapat menyatakan buku yang ditulis oleh  Patrick Modiano,  yang juga pemenang  Nobel Literature Prize, meskipun beberapa minit sebelum itu menyatakan bahawa beliau telah makan tengahari dengan penulis terbabit.

Malah dua minggu lalu, beliau telah memuji Modiano kerana berjaya memperkenalkan sastera Perancis di mata dunia.

“Saya mengaku tanpa sebarang masalah bahawa saya tidak mempunyai masa untuk membaca dalam masa dua tahun ini.

“Saya membaca banyak nota, dokumen perundangan, membaca laporan berita (AFP)….tetapi saya membawa (buku) sedikit,’’ katanya.

Pendedahan melalui Twitter itu mengejutkan ramai memandangkan beliau adalah Menteri Kebudayaan.

Ia menyebabkan banyak sindiran sinis ditujukan kepada beliau.

Modiano, 69, sebelum ini dinamakan sebagai pemenang ke-111 Nobel Prize dan dikenali kerana nobel Missing Person pada 1978.

Ia merupakan novel terbaik beliau sehingga melayakkan Modiano memenangi hadiah sastera Prix Goncourt Perancis.

Sementara Pellerin, 41, dilahirkan di Korea Selatan dan dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga warga Perancis selepas dia ditinggalkan di tepi jalan di Seoul ketika berusia enam bulan.

0 comments:

Post a Comment