Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 29, 2014

8 comments


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) nampaknya sudah mula memandang serius isu perniagaan-perniagaan online yang tidak berdaftar.

Melalui sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM sudah mula mengadakan pemantauan kepada beberapa peniaga di laman Facebook bagi memeriksa sama ada mereka ini memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.



Sebenarnya, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa-apa perniagaan yang berlaku di atas rangkaian termasuklah di laman perkongsian gambar Instagram juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan penalti sehingga RM5,000.

Sekiranya anda sudah mempunyai syarikat yang berdaftar tetapi tidak tahu dimana sepatutnya nama dan nombor syarikat anda diletak, berikut adalah cara yang betul(mengikut SSM) untuk meletakkan maklumat tersebut di Facebook Page anda. Anda hanya perlu meletakkan maklumat-maklumat tersebut di dalam ruangan "About" seperti di dalam gambar dibawah.


Sekiranya anda belum mendaftar, dinasihatkan supaya mendaftar dengan segera kerana harganya bukanlah mahal mana pun, hanya RM60 bagi satu tahun bagi perniagaan kecil-kecilan. - SiakapKeli.com

8 comments:

  1. Kene paham konsep "SDN BHD" dan bukan "SDN BHD".. Kene paham SSM ade byk jenis yang kene daftar contohnya SYARIKAT dan PERNIAGAAN... Yang kene denda hanyalah SYARIKAT ( company ada ending SDN BHD kat belakang), kalau jenis perniagaan kecil (Name tak perlu letak SDN BHD kat belakang)... ctnya TRADING, ENTERPRISE, ape2 jela... yang perniagaan kecil jgn risau, Daftar bayar 70 je setahun... kalau setakat nak letgo barang tak payah daftar.... masalahnya MALAYSIAN ni mudah sangat melatah.. rileks brader, brader rilex... baca dan fahami...bukan menKHINZIR buta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu bro. Ramai sgt yg cepat melatah. At least ni salah satu cara nk galakkan org kite berniaga cara yg btol. Ade proper company and proper bank account. Tgk mcm cina kecik mana pun business die, die ade company berdaftar n ada bank account syarikat. Tu sbb dorg senang dpt banking facilities mcm overdraft and also loan. At the same time hak pengguna juga terjaga. Sbb b4 this bile buyer ditipu nk buat report polis pun x tau nk kate sape tipu die sbb xtau full name apetah lagi nama syarikat. All the best to our malay online sellers.

      Delete
    2. klu agen dropship mcm mane ? tolong explain blehh?

      Delete
  2. habis kalau yang droship je mcm mana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dropship pon perlu jugak..saya bru dapat info tadi

      Delete
    2. tapi klu utk agen dropship tu kena byr brp? nak byr tu skali seumur hidup ke...sebulan skali ke...setahun skali???

      Delete